TEMPOH IDDAH BAGI WANITA KEGUGURAN
Para ulama’ jelas mengatakan ‘iddah bagi wanita yang hamil ialah dengan melahirkan anak berdasarkan dalil Al-quran.
Tetapi bagaimana pula mengenai tempoh ‘iddah bagi wanita yang mengalami keguguran?
Pada minggu lepas, ada klien saya tanya satu soalan yang agak menarik.
”Tuan, saya telah menceraikan isteri saya ketika dalam keadaan mengandung tetapi ketika lafaz cerai berlaku, saya tidak tahu isteri saya mengandung. Saya tahu, selepas isteri saya membuat pemeriksaan doktor. Ketika itu, kandungan dlm tempoh +/- 8Minggu 2hari. Selepas 2 minggu, isteri saya keguguran.
Kemudian selepas 4 bulan, saya rujuk semula isteri saya, semasa beliau suci kali ke 3 (kiraan isteri saya). Persoalan saya, adakah Rujuk saya sah? “
Para ulama’ jelas mengatakan ‘iddah bagi wanita yang hamil ialah dengan melahirkan anak berdasarkan dalil Al-quran.
Tetapi bagaimana pula mengenai tempoh ‘iddah bagi wanita yang mengalami keguguran?
Bagi persoalan ini, harusnya dilihat dari pelbagai aspek. Terdapat 2 isu utama yang perlu dilihat:
ISU PERTAMA
Semasa keguguran berlaku, kandungan isteri dalam ketegori Alaqah atau Mudhghoh?
ISU KEDUA
Semasa keguguran berlaku, darah yang keluar tersebut adalah Haid, Istihadah, wiladah atau nifas?
ISU PERTAMA:
1. Para ulama’ mempunyai berbeza pandangan mengenai ‘iddah wanita yang keguguran, iaitu kiraannya adalah mengikut proses kejadian manusia dalam beberapa fasa di antaranya ialah: >*Nutfah, > Alaqah, > Mudghah. *
2. *Alaqah*: Air mani yang menempel di rahim wanita dan berubah menjadi segumpal darah iaitu tempohnya selepas 40 hari dari waktu kemungkinan berlakunya persetubuhan.
3. *Mudghah*: Segumpal darah yang berubah menjadi segumpal daging iaitu tempohnya selepas 80 hari dari waktu kemungkinan berlakunya persetubuhan
4. Justeru, Iddah bagi isteri yang mengandung dan keguguran BERAKHIR APABILA gugurnya kandungan dalam bentuk mudghah (segumpal daging) iaitu selepas 80 hari dari waktu kemungkinan berlakunya persetubuhan hingga sempurna keguguran.
5. Adapun janin yang keluar dalam bentuk ‘alaqah (segumpal darah) iaitu kurang daripada 80 hari dari waktu kemungkinan berlakunya persetubuhan hingga sempurna keguguran maka hal tersebut dianggap sebagai darah (segumpal darah) dan tidak dianggap sebagai kandungan yang sebenar.
6. Maka, ia tidak menggugurkan ‘iddah dan wajib ke atasnya ber’iddah seperti wanita lain iaitu tiga kali suci bagi wanita yang diceraikan suami atau empat bulan sepuluh hari bagi wanita yang kematian suami.
Berdasarkan kes client tersebut, ketika keguguran berlaku kandungannya adalah 58 hari dan darah yang keluar ketika itu adalah (segumpal darah). Maka ‘iddah isterinya seperti wanita lain iaitu tiga kali suci.
ISU KEDUA:
Semasa keguguran berlaku, darah yang keluar tersebut adalah Haid, Istihadah, wiladah atau nifas?
1. *Darah Haid*: Sekiranya darah itu keluar bukan pada waktu suci daripada haid, dan darah itu telah dikenalpasti sebagai bukan janin yang gugur, maka itu adalah darah haid. Begitu jugalah jika darah itu keluar sebelum janin yang gugur.
2. *Istihadah*: Sekiranya darah itu keluar pada waktu suci daripada haid, atau tidak cukup sehari semalam atau lebih 15 hari, dan darah itu telah dikenalpasti sebagai bukan janin yang gugur, maka itu adalah darah rosak atau istihadah.
3 *Wiladah*: Sekiranya darah itu telah dikenalpasti sebagai janin yang gugur dalam fasa `alaqah, maka itu adalah darah wiladah.
4. * Nifas*: Sekiranya darah itu keluar bukan pada waktu suci daripada haid, dan darah itu telah dikenalpasti sebagai janin yang gugur dalam fasa `alaqah, maka itu darah yang keluar selepas itu adalah darah nifas.
Dalam kes ini, Darah yang keluar semasa keguguran adalah darah istihadah. Maka tempoh suci isterinya bermula suci yang pertama hingga ke dua, hampir 2 bulan tempohnya.
Dalam kes ini, pihak kami telah memfailkan kes di Mahkamah Rendah syariah bagi mendapat pengesahan dan pada hari yang sama Mahkamah telah benarkan kes tersebut diteruskan kepada perbicaraan, hujahan & keputusan.
*KEPUTUSAN:*
1. Mahkamah mensabitkan sahnya lafaz cerai terhadap isteri kerana ia lafaz soreh.
2. Mahkamah mensabitkan ketika keguguran kandungan tersebut dalam keadaan Alaqah, eddah bagi isteri adalah 3 kali suci.
3. Mahkamah mensabitkan, sahnya lafaz rujuk tersebut, kerana darah yang keluar semasa keguguran adalah darah istihadah maka isteri dlm keadaan suci kali 3.
Alhamdulilah, maka telah terjawab persoalan yang ditanggung dalam fikiran suami isteri dosa pahala, bagaimana dengan perkahwinan, sah atau tidak rujuk tersebut, hampir setahun hal ini berlaku. Bagi mereka yang mempunyai masalah berkenaan hal berkaitan hukum syarak, rujuk & tanya lah pada ahlinya. Moga Allah berkati kita dan selamat di dunia dan di akhirat.
“Tempoh ‘Iddah bagi wanita keguguran”
#kesmahkamahsyariah
#3/8/2021