Call / WhatsApp 014-5513002

HAK-HAK ISTERI SELEPAS PERCERAIAN

Jangan takut untuk menuntut hak selepas perceraian wahai si isteri. Ketahui jenis tuntutan yang boleh dituntut selepas bercerai dengan si suami. Antaranya ialah:
1. Nafkah Iddah
2. Mut’ah
3. Harta Sepencarian
4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
5. Nafkah Anak
6. Tunggakan Nafkah
7. Hak Tempat Tinggal
🌸 Nafkah Iddah
Nafkah Iddah ini hanya boleh dituntut selama mana wanita tersebut ada tempoh iddahnya iaitu selama 3 kali suci atau 3 bulan berturut bagi wanita yang telah putus haid dan bagi isteri yang mengandung sehingga melahirkan anak.
🌸 Muta’ah
Mutaah ialah sagu hati @ sejumlah harta yang mana suami wajib berikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.
🌸 Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi sebelum @ semasa dalam tempoh perkahwinan yang sah oleh suami dan isteri tersebut. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
🌸 Tunggakan Nafkah
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang telah diabaikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan kepada isterinya.Ianya menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar serta boleh dituntut.
🌸 Hak Jagaan Anak
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan)
🌸 Nafkah Anak
Si ibu boleh menuntut sejumlah wang kepada bapa anak tersebut mengikut keperluan anak dalam kadar yang wajar tidak kira sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain. Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.
🌸 Hak Tempat Tinggal
Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah kelamin selama tempoh Iddah.
🌸Anda ingin mendapatkan hak anda? kami boleh bantu anda.
Boleh hubungi kam di 014-5513002 (Peguam Syarie anda)
Atau klik Whatsapp terus di : https://linktr.ee/peguamsyarieluqmanulhakim
Jangan lupa untuk follow page & Website kami untuk dapatkan banyak lagi berkenaan hal keluarga dan share bagi sama-sama mendapat manfaat : https://peguamsyarieluqmanulhakim.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Assalamualaikum.. Bolehkah Kami Membantu? WhatsApp kami sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.