3 KEADAAN ISTERI BERHAK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN
ISTERI BERHAK UNTUK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN DALAM TIGA KEADAAN:
HARTA SEPENCARIAN bukanlah hak yang diberi secara langsung dalam undang undang perwarisan harta islam namun hak terhadap harta sepencarian diterima sebagai salah satu peruntukan serta hak yang sah di dalam Undang Undang Keluarga Islam di Malaysia. (Kaedah Fiqh ” A`dah Muhkamah”)
[ APAKAH ITU HARTA SEPENCARIAN?]
Menurut Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri, harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh bersama suami isteri dalam tempoh perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat yang ditentukan syarak.
Maksudnya, apa juga harta sama ada harta alih ataupun harta tak alih yang diperoleh semasa perkahwinan termasuklah harta yang diperoleh sebelum perkahwinan dan dimajukan atau ditingkatkan nilainya semasa dalam perkahwinan secara sumbangan bersama
[APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA DALAM TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN?]
- Sumbangan Secara Langsung
Sumbangan secara langsung adalah pihak dalam perkahwinan bersama-sama memberikan sumbangan sama ada dari segi modal untuk membeli aset atau ansuran sesuatu harta
- Sumbangan Tak Langsung.
Sumbangan tak langsung bermaksud sumbangan yang bukan dalam bentuk wang atau benda tetapi usaha menghasilkan harta tersebut contohnya sumbangan idea, dorongan dan nasihat. Walaupun isteri tidak beri sumbangan darisegi modal dan wang, namun si isteri telah beri sumbangan secara tidak langsung terhadap pemilikan aset dah harta tersebut.
- Bagi isteri yang tidak bekerja, Mahkamah akan melihat kepada sumbangan isteri tersebut secara tidak langsung sepanjang perkahwinan seperti menjaga kebajikan anak-anak dan suami serta usahanya menjaga harta tersebut.
[BILA TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN BOLEH DITUNTUT?]
Harta sepencarian boleh dituntut dalam 3 keadaan iaitu;
- Penceraian
- Suami Berpoligami
- Kematian
1) Harta Sepencarian yang dituntut akibat penceraian :
– Pasangan suami isteri yang bercerai akan menjadi pihak Plaintif dan Defendan tanpa melibatkan orang lain.
– Sekiranya Harta tersebut terbukti diperoleh sewaktu dalam tempoh perkahwinan, maka harta tersebut boleh dikira sebagai Harta Sepencarian.
– Isu utama yang akan dibicarakan di Mahakamah adalah mengenai berapa bahagian setiap pihak akan peroleh. Contohnya, jika sumbangan dapat dibuktikan, maka isteri akan mendapat sebanyak 50% dari Harta Sepencarian terebut. Namun jika tiada sebarang bukti sumbangan contohnya isteri itu seorang surirumah, maka beliau juga akan mendapat 30% dari bahagian itu. Pembahagian Harta Sepencarian akan ditentukan oleh tu Mahkamah yang akan tentukan selepas mendengar keterangan kedua2 belah pihak.
– Sebaliknya jika terbukti bahawa harta tu diperolehi sebelum perkahwinan dan tiada bukti sumbangan untuk mengembangkan harta tersebut oleh pasangan yang menuntut, maka pasangan tersebut tidak berhak ke atas harta sepencarian tersebut.
2) Harta Sepencarian yang dituntut akibat poligami :
– Dalam isu Poligami, isteri pertama akan menjadi Plaintif (yang menuntt harta Sepencarian), manakala suami akan jadi Defendan.
– Harta Sepencarian boleh dituntut semasa suami failkan permohonan poligami di mahkamah ataupun pada bila-bila masa sahaja selepas isteri pertama mengetahui yang suaminya berkahwin poligami.
– Isteri pertama hanya boleh menuntut harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan antara beliau dan suami sahaja.
– Mahkamah akan menentukan pembahagian Harta Sepencarian selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak.
3) Harta Sepencarian yang dituntut akibat kematian :
– Hanya pasangan (Isteri) kepada si mati sahaja yang boleh menuntut Harta Sepencarian (maksudnya anak, ibubapa, adik-beradik kepada si mati tak boleh tuntut harta sepencarian).
– Balu tersebut perlu memohon sijil faraid di mahkamah syariah terlebih dahulu untuk memastikan siapa waris-waris si mati kerana harta tersebut dah jadi harta pusaka.
– Balu si mati akan menjadi Plaintif dan semua waris-waris faraid si mati akan dinamakan sebagai Defendan.
– Waris-waris akan dipanggil ke mahkamah untuk dimaklumkan menegenai hak si balu ke atas harta sepencarian tersebut bagi mengelakkan isu di kemudian hari.
[KADAR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DALAM PERUNTUKAN UNDANG UNDANG]
Seksyen 58 (2) (AUKI) memperincikan faktor yang diambil kira oleh mahkamah dalam pembahagian harta sepencarian, antaranya;
- Takat sumbangan setiap pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu.
- Apa-apa yang hutang oleh salah satu pihak yang dilakukan bagi manfaat bersama mereka.
- Keperluan anak yang belum dewasa.
Menurut Seksyen 58(4) (AUKI), mahkamah juga berkuasa memerintahkan membahagikan aset atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.
KESIMPULAN
Meskipun harta sepencarian boleh dituntut, namun beban pembuktian terletak kepada yang menuntut. Tuntutan hendaklah dibuat oleh PENUNTUT SENDIRI. Walaupun tiada sekatan masa diadakan, seeloknya tuntutan dibuat sesegera mungkin untuk mengelak harta dituntut berpindah tangan, habis digunakan dan sebagainya.
Seeloknya, segala dokumen yang boleh menyokong tuntutan perlulah disimpan supaya dapat dikemukakan kepada mahkamah pada kemudian hari. Ia boleh datang dalam bentuk resit, surat perjanjian, bukti pindahan dana, saksi dan juga dokumen akuan mengenai harta sepencarian dibuat pasangan semasa hidup, bagi meneruskan kelangsungan hidup.
PERTANYAAN LAIN?
Sebarang pertanyaan berkenaan kes Mahkamah Syariah @ masalah rumah tangga, jangan ragu untuk hubungi kami.
014-5513002 (Peguam Syarie anda)
Atau klik Whatsapp terus di :
https://linktr.ee/peguamsyarieluqmanulhakim
Jangan lupa untuk follow page & Website kami untuk dapatkan banyak lagi berkenaan hal keluarga dan share bagi sama-sama mendapat manfaat
Home