Call / WhatsApp 014-5513002

“TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEMATIAN”

❇️TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEMATIAN❇️ 👨🏻🧕🏻
Selepas berlaku kematian seseorang, tindakan segera harus diambil untuk menguruskan harta pusaka si mati tanpa bertangguh. Ia adalah untuk mengelakkan dari tuntutan dan pembahagian pusaka tergendala sekaligus memastikan kelangsungan hidup ahli waris yang berhak itu terjaga.

Apabila berlaku kematian, ahli waris perlu untuk membuat permohonan Perintah Faraid di Mahkamah Syariah untuk ditentukan siapa ahli waris yang berhak kepada harta simati dan berapa bahagian yang dapat kepada setiap ahli waris kepada simati.

💰APAKAH ITU FARAID?💰

Faraid adalah suatu ketetapan hak dan bahagian waris ke atas harta pusaka seseorang si mati berdasarkan hukum syarak. Bahagiannya telah disebut secara nyata dalam surah an-Nisa ayat 11-12 & 176. Ia juga dikenali sebagai satu jalan penyelesaian dalam pembahagian harta Umat Islam.
.
💵APAKAH ITU PERINTAH FARAID?💵
.
• Perintah Faraid adalah satu akuan rasmi yang mengandungi maklumat berkenaan nilai harta pusaka, nama waris-waris yang berhak dan kadar bahagian setiap waris. Perintah Faraid memastikan tiada kezaliman dan keciciran ke atas setiap waris yang berhak.
.
• Setiap permohonan tersebut perlu dinyatakan dengan jelas siapa ahli-ahli waris simati dengan dikemukakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran. Perlu dinyatakan juga secara jelas apa sahaja harta yang menjadi milik kepada simati dengan dikemukakan dengan bukti-bukti secara berdokumen seperti geran tanah / geran rumah, salinan penyata kwsp, salinan penyata akaun bank, salinan penyata asb dan sebagainya.
.
• Selepas mendapatkan Sijil Faraid, Waris perlu memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA) di mana-mana institusi bergantung kepada nilai harta pusaka.
.
• Selepas mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, barulah pemegang Surat Kuasa Mentadbir boleh mencairkan harta pusaka dan menjelaskan kewajipan sebelum pembahagian Harta Pusaka. Pemegang Surat Kuasa Mentadbir juga boleh melakukan permohonan pindahmilik di semua institusi yang berkaitan.
.
♻️🕋APAKAH KEWAJIPAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA?*
.
💠Perbelanjaan pengurusan jenazah;
– Melangsaikan segala Peralatan pengurusan jenazah, Upah memandikan jenazah, kos engkafanan, kos pengangkutan jenazah, dan kos pengebumian
.
💠Hutang:
– Hutang terhadap Allah SWT seperti menunaikan Haji dan umrah fardhu, mengeluarkan Zakat, melangsaikan Nazar, Kaffarah, membayar Fidyah dan lain-lain
– Hutang Manusia contohnya Hutang sesame manusia ataupun Hutang terhadap mana mana Institusi.
.
💠Tuntutan harta sepencarian
.
💠Hibah @ Waisatv
.
🕌MAHKAMAH MANAKAH YANG MEMPUNYAI BIDANGKUASA UNTUK MEMOHON PERINTAH FARAID?*
.
• Mahkamah Rendah Syariah
– Jika harta pusaka tidak melebihi seratus ribu ringgit (RM100,000.00) dan tiada harta tiada alih seperti rumah atau tanah.
.
• Mahkamah Tinggi Syariah
– Jika harta pusaka melebihi seratus ribu ringgit (RM100,000.00) dan mempunyai harta tiada alih seperti rumah atau tanah
.
‼️APAKAH KEPENTINGAN PERINTAH FARAID?‼️
.
• Perintah Faraid mampu untuk mengelakkan risiko berlakunya penipuan atau penyembunyian waris yang berhak, penganiayaan hak waris, manipulasi sesama anggota waris kerana di dalamnya tercatat butiran waris dan bahagian yang akan diterimanya yang mempunyai kesan dari sudut undang-undang.
.
• Mengelakkan kerumitan pembahagian harta pusaka kepada ahli waris akibat kematian berlapis.
.
• Mengelakkan harta si mati beku atau terbiar dan tidak terurus.
.
• Mengelakkan wang simpanan si mati dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi, saham-saham, bon dan sebagainya dipindahkan kepada Kumpulan Wang Tak Dituntut.
.
• Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah semua waris.
.
❇️SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN FARAID?*
.
• Semua waris adalah berhak memohon bagi permohonan Faraid, dan Permohonan Sijil/ Perintah Faraid adalah tertakluk kepada peruntukan negeri masing-masing.
.
.
🌸PERTANYAAN LAIN?🌸
Jika ada pertanyaan berkenaan Harta Pusaka , Hibah, Wasiat @ pengurusan harta pusaka yang berlapis-lapis boleh hubungi kami.
014-5513002 (Peguam Syarie anda)
Atau klik Whatsapp terus di :
Jangan lupa untuk follow page & Website kami untuk dapatkan banyak lagi berkenaan hal keluarga dan share bagi sama-sama mendapat manfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *